Sponsor

ads header

TEKNIK: NO NONSENSE FOREX (NNF)

Asas teknik ni diilhamkan oleh Patrick atau dikenali juga sebagai VP dikalangan follower beliau. Ia seterusnya diolah oleh sobat #abgman (yang tahu tu tahulah).

Maka jom kita tengok apakah indikator yang diguna pakai dalam teknik ni yea. *kesemua indikator yang digunapakai adalah CUSTOM dan percuma sahaja. Cuma korang perlulah explore untuk mencari indikator yang sesuai.


JOM .. LETS GO ..

NNF akan menggunakan indikator seperti senarai di bawah. (Jangan bimbang, #abgman akan berikan kesemua indikator yang perlu tu).

Gambar 01: Senarai indikator yang digunakan.

Sebelum korang proceed dengan apa-apa .. korang kena pastikan bahawa AUTOMATED TRADING dekat MT4 tu dah ENABLED untuk memastikan bahawa kesemua skrip dan indikator berfungsi dengan baik. Rujuk gambar di bawah ye.

Gambar 02: AutoTrading perlu ENABLE.

Gambar 03: AutoTrading enable.


1. Main chart

  • Kaufman_ama_averages_filtered_ATR bands
Gambar 04: Indikator Kaufman #1.

Gambar 05: Indikator Kaufman #2.
  • No_Nonsense_ATR
Gambar 06: Indikator NNF ATR.

2. Indicator windows 1

  • BH - ergodic (mtf + arrows)
Gambar 07: Indikator BH - ergodic #1.

Gambar 08: Indikator BH - ergodic #2.

Gambar 09: Indikator BH - ergodic #3.

3. Indicator windows 2

  • Absolute Strength Histogram
Gambar 10: Indikator Absolute Strength Histogram #1.

Gambar 11: Indikator Absolute Strength Histogram #2.

4. Indicator windows 3

  • WAE_Ext
Gambar 12: Indikator WAE #1.

Gambar 13: Indikator WAE #2.

5. Indicator windows 4

  • QualitativeQuantitaveEstimation
Gambar 14: Indikator QQE #1.

Gambar 15: Indikator QQE #2.

Gambar 16: Indikator QQE #3.


CHART KORANG AKAN KELIHATAN SEPERTI INI

Gambar 17: Paparan chart dengan setup NNF.


SOP UNTUK ENTRY


Teknik ni lebih kepada Intraday. Jadi kita gunakan Timeframe Daily, D1.

1. Untuk BUY, candle kena close atas dari MA (middle) dekat main chart.

Tip:-

  • Elakkan entry apabila candle berada hampir dengan band atas dan bawah. Risiko reversal akan berlaku di band atas dan bawah.

  • Hanya entry apabila candle berada di middle band.

2. Hint entry

  • BH - ergodic (mtf + arrows) *1st entry indi

    • Bersilang atas level 0 (line hijau atas)

  • Absolute strength histogram *2nd entry indi

    • biru untuk BUY
    • merah untuk SELL

3. WAE-Ext @ Waddah Attar (kekuatan untuk BUY @ SELL)

  • Line hijau BUY, line merah SELL
  • Kena lebih dari line kuning (untuk confirm ada volume)
  • Line hijau @ merah perlu lebih dari line kuning (maksubnya pergerakan laju @ volatile)

4. Close entry

  • Qualitative_Quantitative_Estimation (QQE)

    • Close entry apabila line bersilang.

      • Merah atas (sell)
      • Hijau atas (buy)

    • Signal lagi laju dari BH (1st entry indi)

    • Hint awal untuk entry - tapi hanya entry apabila BH & ABSOLUTE STRENGTH sudah ikut arah yang sama.

5. Entry apabila (1), (2), (3) & (4) tunjuk setup yang sama.


BONUS SETUP !!!


#abgman yakin mesti ramai yang minat @ suka dengan teknik SCALPING kan? Jadi meh #abgman share kan macam mana korang nak gunakan setup indikator yang sama di atas TETAPI untuk scalping pula.

Timeframe yang akan digunakan adalah M15 & M1.

Rujuk TF M15 untuk MAJOR TREND.

  • Setup BUY (M15).

    • BH ERGODIC bersilang ke atas (hijau ATAS, silang terbuka).

      • Pastikan jauh dari level 0 untuk entry.
      • Level 0 biasanya bertukar arah.

    • QUALITATIVE_QUANTITATIVE_ESTIMATION (QQE)

      • hijau (ATAS) bersilang.

  • Tukar ke TF M1 apabila BH ERGODIC (M15) dah bersilang.

    • Entry apabila BH ERGODIC bersilang HIJAU (ATAS) & QQE bersilang HIJAU (ATAS)

  • Close entry hanya apabila BH ERGODIC & QQE TF M15 bersilang MERAH (ATAS).


ACANER NAK SETUP TU?

Okay .. meh #abgman share lak macam mana nak buh kesemua indikator tu dalam MT4 korang.

1. Sebelum tu, korang perlu download dulu file SINI.
2. Seterusnya korang buka la mana-mana MT4 yang korang nak guna tu.
3. Klik FILE >> OPEN DATA FOLDER.
4. Copy kesemua file dalam folder EXPERTS masuk ke dalam folder MQL4 >> EXPERTS.
5. Buat yang sama untuk folder INDICATORS. Paste masuk dalam folder MQL4 >> INDICATORS.
6. Seterusnya, copy dan paste file NNF.tpl ke dalam folder TEMPLATES.
7. Restart MT4 korang tu.
8. Klik simbol TEMPLATES dekat MT4 tu. Pilih yang NNF.

9. Dah siap.


Tapi pastikan AUTOMATED TRADING tu ENABLED ye !!!

NAK DOWNLOAD PANDUAN INI DALAM BENTUK PDF? KLIK SINI !!


Andai dirasakan artikel ini bermanfaat untuk korang dan sobat2, sila KOMEN dan SHARE ye. Sharing is caring ..

No comments: