Check it out gaisss ..
Hantaran asal di fb beliau (fb: Hanafi Azizi) |
Bismillah. Maaf xxxxxxx saya gunakan ini untuk penerangan. Alhamdulillah soalan begini dialukan kerana ada juga sebenarnya yg tertanya tapi sekadar simpan di dalam hati.
Akaun trading ini dalam USD. Bila kita lihat posisi Buy bergerak dari 145.393 hingga 146.212 ia sudah melepasi untung 80pips.
80 pips x 0.01 lot = sewajarnya dapat 8USD. Tapi kenapa di bahagian untung cuma 5.90USD. Di mana lagi 2.10USD?
Lihat Quote currency yg di trade. Di dalam gambar, CHFJPY. Maksudnya tuan akaun ini trade Quote Currency JPY. Jika beliau trade 0.01 lot, maka setiap pergerakan bersamaan satu pip 10 Yen.
Disebabkan Buy 0.01 lot dari 145.393 hingga 146.212 adalah 80pips, maka tuan kepada akaun ini memperoleh 80 pips x 10 Yen = 800 Yen.
Kemudian kerana akaun trading ini dalam USD, maka 800 Yen tadi diconvert kepada USD, maka tertera dalam open position hanya 5.90USD. (800 yen : 5.86USD) Bukan 8.00USD.
Soalan lain untuk lebih faham.
“Akaun saya dalam USD. Saya trade 0.01 lot. Bagaimana kalau saya trade GBPAUD?”
Maksudnya setiap pergerakan pips tuan puan akan dalam AUD. Contoh, tuan Sell 0.01 lot dan sedang untung +100pips. Tapi dari segi nilai wang, 100pips x 0.10 AUD = 10.00AUD = 6.82USD. Bukan 10.00USD.
Persoalan ini saya sudah tertanya sejak 2012. Dulu saya untung trade GBPAUD, 100 pips x 0.10 lot, sepatutnya saya dapat 100USD. Tapi kenapa dalam akaun cuma dapat 67USD? Di mana lagi 33USD? Rupanya 100AUD convert kepada USD, sebab itu dapat cuma 67USD.
Jadi jika saya trade Quote Currency USD, saya akan dapat income dalam USD. Contoh XAUUSD, GBPUSD, NZDUSD, EURUSD.
Jika saya trade Quote Currency GBP, Contohnya EURGBP, saya akan dapat income dalam GBP. Tapi kalau saya nak income dalam Kuwait? Saya kena trade ###/KWD. Bukan tukar akaun trading dari USD ke Kuwait ya <-- Ini persoalan lain pula.
Nukilan: fb: Hanafi Azizi
Dapat sesuatu daripada artikel ni? Andai dirasakan artikel ini bermanfaat untuk korang dan sobat2, sila KOMEN dan SHARE ye. Sharing is caring ..
No comments: