Sponsor

ads header

Hai sobat2 .. hari ni #abgman nak kongsikan 1 lagi teknik yang difikirkan agak senang untuk dipraktikkan iaitu TEKNIK STOCHASTIC GHOST.


Kalau korang berminat dengan teknik yang sesuai untuk SCALPING dan SWING, maka teknik ini sesuai untuk korang cuba.


*****


SETTING


Jom kita tengok setting yang digunakan untuk teknik ni pula. Seperti mana nama yang diberikan, teknik ini hanya menggunakan indikator STOCHASTIC sahaja.


SETTING STOCHASTIC (CLOSE/CLOSE/SIMPLE)

1. 15/3/5

2. 32/3/5

3. 50/3/5

Korang boleh rujuk gambar di bawah untuk lebih faham lagi ye.


Stochastic Oscillator 15,3,5 (Close, Simple)

Stochastic Oscillator 32,3,5 (Close, Simple)

Stochastic Oscillator 50,3,5 (Close, Simple)

*****


SOP ENTRY


Seterusnya, jom kita tengok cara penggunaan atau SOP untuk TEKNIK STOCHASTIC GHOST ni.

1. Tunggu kesemua Stochastic berkumpul di atas (dalam kawasan 80/90) untuk SELL.

2. Tunggu kesemua Stochastic berkumpul di bawah (kawasan 20/10) untuk BUY.

3. TP @ Close secara manual semua entry apabila sudah profit 5 pips atau salah 1 Stoch telah patah balik.

    a. Jika entry BUY semasa semua stochastic di bawah level 20/10, maka untuk CLOSE @ TP adalah apabila salah 1 stoch mencecah naik di level 80/90.

    b. Jika SELL entry semasa semua stochastic berada di atas level 80/90, maka korang akan CLOSE @ TP apabila salah 1 stoch mencecah level 20/10.


*****


TIPS


Terdapat 2 tips yang perlu korang berikan perhatian semasa menggunakan teknik ni.


1. Untuk SCALPING, korang perlu gunakan pada TF M5 untuk entry.

Untuk dapatkan ketepatan entry dan mengurangkan floating, korang perlu memastikan STOHASTIC pada TF M5 adalah selari dengan TF H1.

    a. Jika STOCHASTIC M5 berada di atas untuk entry SELL pastikan STOCHASTIC H1 menghala ke bawah.

    b. Jika STOCHASTIC M5 berada di bawah untuk entry BUY, pastikan STOCHASTIC di H1 menghala ke atas.

    c. Juga tips untuk trade secara scalping, adalah digalakkan korang untuk menggunakan broker yang menawarkan SPREAD YANG RENDAH supaya entry korang itu cepat profit dan dapat close dengan segera.


2. Bagi SWING pula, korang perlu gunakan pada TF H1 untuk entry.

Untuk ketepatan dan mengurangkan floating, korang perlu rujuk kepada TF D1. Pastikan kedua TF tersebut adalah selari sebelum entry.

    a. Jika STOCHASTIC di H1 berkumpul di atas untuk entry SELL, pastikan STOCHASTIC di TF D1 menghala ke bawah.

    b. Jika STOCHASTIC di TF H1 berkumpul di bawah untuk entry BUY, pastikan STOCHASTIC di D1 menghala ke atas.


*****


AMARAN

1. Pastikan kesemua STOCHASTIC berkumpul selari di level 80/90 untuk SELL dan level 20/10 untuk BUY.

2. Jika kesemua STOCHASTIC tidak berkumpul di level tersebut maka setup tersebut adalah tidak VALID untuk entry.


Korang boleh rujuk gambar di bawah untuk contoh setup yang valid untuk entry.










--

Dapat sesuatu daripada artikel ni? Andai dirasakan artikel ini bermanfaat untuk korang dan sobat2, sila KOMEN dan SHARE ye. Sharing is caring ..

hilmannawi December 24, 2023
Read more ...

Dagangan forex boleh dianalisa menggunakan 2 kaedah utama analisa iaitu fundamental (asas) dan teknikal. Kedua-dua pendekatan ini agak berbeza dalam fokus dan metadologinya.

Berikut ialah gambaran keseluruhan analisa fundamental dan teknikal dalam konteks forex trading.


ANALISA FUNDAMENTAL

Ianya melibatkan kajian faktor ekonomi, politik dan sosial yang boleh mempengaruhi nilai matawang. Pedagang yang menggunakan analisa fundamental melihat pelbagai data dan maklumat untuk membuat keputusan perdagangan.

Elemen utama analisa fundamental termasuk;

  • Penunjuk EKONOMI: peniaga menganalisa data ekonomi seperti pertumbuhan KDNK, kadar inflasi, angka pekerjaan dan kadar faedah bank pusat untuk mengukur kesihatan ekonomi negara.
  • Peristiwa GEOPOLITIK: kestabilan politik dan peristiwa seperti pilihan raya, peperangan dan perjanjian perdagangan boleh memberi kesan ketara kepada nilai matawang.
  • DASAR BANK PUSAT: peniaga memberi perhatian kepada keputusan bank pusat, seperti perubahan kadar faedah dan program pelonggaran kuantitatif, yang boleh mempengaruhi nilai matawang.
  • SENTIMEN PASARAN: berita, sentimen pasaran dan laporan ekonomi boleh mendorong pergerakan matawang, terutamanya dalam jangka pendek.
  • IMBANGAN PERDAGANGAN: imbangan perdagangan negara (eksport vs. import) boleh memberi kesan ke atas nilai matawangnya. 

Analisa fundamental memberikan pemahaman yang lebih luas tentang faktor jangka panjang yang mempengaruhi pasangan matawang. Peniaga yang menggunakan pendekatan ini bertujuan untuk memanfaatkan trend yang didorong oleh perkembangan ekonomi dan politik.


ANALISA TEKNIKAL

Manakala analisa teknikal, sebaliknya memfokuskan kepada data harga dan volume sejarah untuk meramalkan pergerakan harga masa hadapan. Pedagang yang menggunakan analisa teknikal menggunakan pelbagai alat dan corak carta untuk membuat keputusan pedagangan.

Elemen utama analisa teknikal termasuk:

  • CARTA HARGA: pedagang menggunakan carta harga, seperti carta candlestick dan carta garis, untuk mengenalpasti corak, arah aliran dan tahap sokongan/rintangan.
  • PENUNJUK @ INDIKATOR: penganalisa teknikal menggunakan pelbagai indikator seperti moving average, RSI dan MACD untuk membuat keputusan dagangan berdasarkan data harga sejarah.
  • CORAK CARTA: peniaga mencari corak seperti head & shoulder, bendera dan segi tiga untuk meramalkan pergerakan harga.
  • SUPPORT & RESISTANCE: penganalisa teknikal mengenalpasti tahap sokongan dan rintangan utama di mana pergerakan harga berkemungkinan terhenti atau terbalik.
  • JANGKA MASA: pedagang boleh menggunakan pelbagai jangka masa (contoh, harian, setiap jam, minit) untuk menganalisa data harga dan membuat keputusan perdagangan jangka pendek atau jangka panjang.

Analisa teknikal lebih tertumpu kepada pergerakan harga jangka pendek dan bertujuan untuk mendapatkan keuntungan daripada turun dan naik pasaran jangka pendek.


YANG MANA LEBIH BAIK?

Setengah pedagang menggunakan gabungan kedua-dua analisa fundamental dan teknikal untuk membuat keputusan pedagangan yang bermaklumat. Pilihan antara kedua-dua kaedah ini selalunya bergantung kepada gaya dagangan pedagang, time horizon dan pilihan peribadi.

Adalah penting untuk ambil perhatian bahawa kedua-dua pendekatan mempunyai kekuatan dan batasannya, dan pedagangan yang berjaya selalunya memerlukan pemahaman yang baik tentang faktor fundamental dan teknikal yang mempengaruhi pasaran forex.


--

Dapat sesuatu daripada artikel ni? Andai dirasakan artikel ini bermanfaat untuk korang dan sobat2, sila KOMEN dan SHARE ye. Sharing is caring ..

hilmannawi November 01, 2023
Read more ...

Buat mereka yang dah biasa dengan copytrade dan prop trading pasti akan biasa dengan perkataan drawdown ni. Ianya adalah antara faktor penting yang perlu dititikberat oleh para trader tersebut.


Jadi, sebenarnya apa yang dimaksubkan dengan DRAWDOWN ni?


Meh kita tengok contoh di bawah untuk mudahkan korang faham apa itu drawdown. Katakan korang ada modal trading sebanyak $100,000 dan korang rugi sebanyak $50,000 iaitu 50%. Peratusan (%) tersebutlah yang kita semua kenali sebagai drawdown tu. Mudahkan?


Drawdown dalam perdagangan forex merujuk kepada penurunan atau kerugian dari jumlah modal yang telah dilaburkan. Ia adalah perbezaan antara jumlah baki tertinggi dalam akaun perdagangan dan baki semasa.


Drawdown boleh berlaku apabila perdagangan mengalami kerugian, dan ia penting untuk diukur kerana ia dapat memberikan gambaran tentang sejauh mana risiko yang diambil oleh seorang trader. Trader yang mengurus risiko dengan baik cenderung memiliki drawdown yang lebih rendah, yang dapat membantu mereka untuk menjaga modal.


Maximum drawdown tu apa pula?


Ianya merujuk kepada jumlah kerugian terbesar yang pernah dialami oleh seorang trader atau akaun trading dalam tempoh masa tertentu. Ia mengukur sejauh mana penurunan terburuk dalam nilai akaun trading dari puncak tertinggi sebelumnya.


Maximum drawdown adalah cara untuk menilai risiko dalam trading, dan penting bagi trader untuk memahami berapa besar kerugian yang mungkin mereka alami selama tempoh tertentu. Semakin rendah maximum drawdown, semakin baik, kerana ini berarti risiko dalam akaun trading lebih terkawal. Trader sering berusaha untuk mengawal risiko dan mengurangi maximum drawdown selama kegiatan trading mereka.


Perbezaan utama antara drawdown dan maximum drawdown:


Drawdown merujuk kepada penurunan atau kerugian dalam nilai akaun trading dari puncak tertinggi hingga titik terendah sebelum pulih kembali. Ia adalah ukuran kerugian dalam perdagangan yang boleh terjadi pada setiap titik dalam sejarah trading korang.


Drawdown tidak membatasi diri pada satu tempoh masa tertentu dan seringkali diukur sebagai % penurunan dari titik tertinggi sehingga titik terendah sebelum pulih.


Maximum drawdown pula adalah ukuran kerugian terburuk atau terbesar yang pernah dialami oleh akaun trading dalam satu tempoh tertentu, biasanya dinyatakan dalam %. Ia mengukur kerugian terbesar dalam akaun korang dari titik tertinggi hingga titik terendah selama tempoh masa tertentu, misalnya, selama sebulan atau setahun.


Maximum drawdown memberikan pandangan yang lebih terbatas tentang seberapa buruknya kerugian yang mungkin korang alami dalam tempoh tertentu. Jadi, sementara drawdown adalah kerugian yang dapat terjadi bila-bila saja dalam sejarah trading korang, maximum drawdown adalah ukuran kerugian terbesar dalam tempoh waktu tertentu.


Maximum drawdown berguna untuk menilai risiko dalam jangka masa tertentu, sementara drawdown lebih umum menggambarkan kerugian yang terjadi sepanjang perjalanan trading korang tu.


Macam mana korang boleh dapatkan drawdown yang rendah?


Untuk mencapai drawdown yang rendah dalam forex trading, korang boleh mempertimbangkan beberapa langkah berikut:-

  1. Rancang trading yang baik. Buat trading plan yang jelas dengan aturan kawalan risiko yang ketat. Tetapkan TP dan SL yang masuk akal untuk setiap trading.
  2. Pengurusan risiko. Batasi risiko dalam setiap perdagangan dengan melaburkan hanya sebagian kecil dari modal korang pada satu trading. Sebagai pedoman umum, korang tidak patut merisikokan lebih daripada 1-2% dari modal korang dalam satu trading.
  3. Diversifikasi. Korang pernah dengar pesanan agar jangan meletakkan semua telur dalam satu bakul? Pelbagaikan portfolio korang dengan berbagai instrumen kewangan seperti forex, saham, FCPO dan lain-lain lagi untuk mengurangkan risiko rugi keseluruhan modal andai berlaku sesuatu diluar jangkaan.
  4. Analisa pasaran. Pelajari analisa teknikal dan fundamental untuk membuat keputusan perdagangan yang lebih baik. Elakkan trading yang berdasarkan kepada emosi atau spekulasi semata.
  5. Pemantauan berterusan. Pantau portfolio korang secara teratur dan buat penilaian semula strategi trading korang jika diperlukan. Jangan biarkan trading korang berjalan tanpa pengawasan.
  6. Penggunaan Stop Loss (SL). Pasti korang menggunakan order SL dalam setiap trade untuk mengurangkan kerugian korang. Ini adalah tool penting dalam pengawalan risiko.
  7. Disiplin. Pertahankan disiplin dalam mengikuti trading plan korang tu. Jangan cuba memulihkan kerugian dengan meningkatkan saiz pelaburan atau mengambil risiko yang tidak perlu.
  8. Tambah ilmu. Terus belajar tentang market forex dan strategi trading. Perubahan market adalah hal yang konstan, jadi adalah penting untuk menambahbaik teknik trading.
  9. Kawalan psikologi. Kuasai emosi korang, seperti ketamakan dan ketakutan. Ini adalah faktor penting dalam menghindari drawdown yang tinggi.
  10. Evaluasi dan perbaikan. Setelah mengalami drawdown, evaluasi trading korang dan ambil pengajaran daripada kerugian tersebut. Selalu mencari cara untuk memperbaiki strategi korang.
Ingatlah bahawa drawdown adalah perkara yang sentiasa berlaku dalam forex trading dan tidak selalu dapat dielakkan sepenuhnya. Tujuannya adalah mengelola dan meminimalkan risikonya agar tetap dalam had yang boleh korang terima.

--

Dapat sesuatu daripada artikel ni? Andai dirasakan artikel ini bermanfaat untuk korang dan sobat2, sila KOMEN dan SHARE ye. Sharing is caring ..

hilmannawi October 25, 2023
Read more ...

MONEY MANAGEMENT (PART 1)

MONEY MANAGEMENT (PART 2)


Bila sebut perkataan MONEY MANAGEMENT, apa yang akan korang terbayang?


Selain daripada menggunakan saiz lot yang sesuai dengan modal dan teknik yang digunakan, sebenarnya ada lagi cara lain yang boleh diamalkan untuk mengelakkan akaun trading korang blow.


Apa tu? Cer cerita ...


Okay .. macam ni. Ni apa yang #abgman amalkan untuk diri sendiri ye. Kalau korang rasa cara ini juga sesuai dengan diri korang boleh lah cuba juga.



Selain daripada membuat pengiraan berapa lot yang sesuai dengan modal dan teknik yang digunakan, #abgman juga suka set target untuk setiap trading @ entry tu. Sebagai contoh, #abgman suka set target untuk setiap minggu profit yang terkumpul mestilah sekurangnya (+/-) nilai tertentu.


Nilai tertentu tu pula adalah nilai komitmen bulanan #abgman (convert kepada USD) dan dibahagikan kepada 4 untuk mendapatkan nilai yang perlu untuk seminggu. Sebagai contoh, katalah komitmen bulanan #abgman adalah $1000, maka target mingguan yang perlu #abgman dapatkan adalah sebanyak $250 seminggu.


Dan .. katalah selepas 1x entry, target mingguan tersebut sudah pun tercapai, jadi untuk akaun tersebut #abgman dah boleh rehatkan. Jika gatal tangan, nak juga entry lagi selepas itu, #abgman akan gunakan akaun lain.


Maka untuk setiap entry yang dibuat, #abgman tak ada rasa nak tekan lot yang besar sangat, berbeza dengan jika kita set target harian. Emosi lebih tenang dengan set target mingguan atau bulanan berbanding target harian ni.


Untuk target mingguan ni .. andai katalah korang dapat profit yang sedikit kurang daripada target yang diletakkan tu, usahlah korang entry lagi akaun tersebut. Anggap sahaja untuk minggu tersebut, rezeki korang adalah setakat itu sahaja. Tak perlu nak kejar untuk mencukupkan juga target tersebut.


KENAPA?


Jangan hanya kerana nak mencukupkan nilai target yang mungkin kurang tak sampai $1 korang kehilangan (blow @ mc) akaun tersebut. Hal ini sudah banyak kali terjadi dekat #abgman dan juga sobat2 lain. Jadikanlah pengajaran .. jangan diulang kesilapan mereka2 ini (termasuk #abgman juga). Korang jangan lupa kita trade ni untuk mendapatkan hasil USD untuk tempoh masa selama yang mungkin.


Peluang untuk entry pada minggu berikutnya masih ada. Peluang untuk menjana USD masih ada. Bertenang sahaja.


Trading adalah bisnes.

 

Ada minggu kita untung lebih, ada masa kita untung kurang. InsyaAllah yang terlebih tu mampu untuk cover yang terkurang nanti.


--

Dapat sesuatu daripada artikel ni? Andai dirasakan artikel ini bermanfaat untuk korang dan sobat2, sila KOMEN dan SHARE ye. Sharing is caring ..

hilmannawi October 18, 2023
Read more ...

Apa yang korang faham tentang engulfing ni? Padu sangat ke kalau guna engulfing ni untuk analisa dan entry?


Sebelum #abgman cerita lebih lanjut lagi, meh korang tengok dulu apa yang dimaksubkan dengan perkataan engulfing tu.


Atau .. jika korang translate kepada Bahasa Melayu, engulfing bermaksub MENYELUBUNGI. Kalau engulf pula bermakna menelan.


Jadi apa yang ditelan? Siapa yang menelan? Menyelubungi apa? Misteri nusantara sangat ni .. hahahaha ..


Okaylah .. untuk lebih mudah faham, #abgman cuba terangkan pakai bahasa kampung la ye.


Engulf ni berlaku apabila badan candle yang baru siap lebih besar daripada candle sebelumnya. Besarnya candle tersebut (yang baru siap) sehingga menengelamkan badan candle sebelumnya.


Haaa .. boleh bayang tak tu? Kalau tak faham, #abgman lukis dekat bawah ni. Korang tengok betul-betul candle engulfing tu macam mana.


Secara asasnya, engulfing ni terdapat dua jenis iaitu

1) Bullish engulfing; dan

2) Bearish engulfing.


PERBEZAAN ANTARA BEARISH DAN BULLISH ENGULFING


Jadi macam mana nak bezakan kedua jenis engulfing ni? Ringkasnya, terdapat enam (6) perbezaan ketara antara keduanya iaitu:-


1) Arah trend sebelum pembentukan pattern engulfing.

Bearish engulfing terjadi setelah berlakunya uptrend, sementara bullish engulfing pula terjadi setelah suatu downtrend. Jadi, bearish engulfing pattern menandakan kemungkinan pembalikan trend ke bawah, sedangkan bullish engulfing menandakan kemungkinan pembalikan trend ke atas.


2) Bentuk dan saiz candle dalam pattern.

Bearish engulfing terdiri daripada sebatang candle bull yang diikuti oleh sebatang candle bear yang panjang. Saiz candle bear biasanya lebih panjang daripada candle bull sebelumnya. Bullish engulfing pula terdiri daripada sebatang candle bear yang panjang, diikuti oleh sebatang candle bull yang lebih panjang. Saiz candle bull itu sepatutnya lebih panjang sehingga menenggelamkan candle bear tersebut.


3) Pergerakan price action sebelum pattern terbentuk.

Sebelum bearish engulfing terbentuk, harga harus berada pada level yang tinggi. Selain itu, candle bull sebelumnya harus menunjukkan kekuatan market yang signifikan. Sebelum bullish engulfing terbentuk pula, harga harus berada pada level yang rendah. Selain daripada itu, candle bear sebelumnya harus menunjukkan kelemahan market yang signifikan.


4) Indikasi momentum dan volume.

Bearish engulfing menunjukkan adanya penurunan momentum dan peningkatan volume pada saat pembentukan engulfing. Bullish engulfing menunjukkan adanya peningkatan momentum dan volume pada saat pembentukan pattern.


5) Trading signal.

Bearish engulfing memberikan signal jual, sementara bullish engulfing memberikan signal beli. Namun, signal yang diberikan bukanlah signal yang pasti dan harus disahkan dengan indikator teknikal yang lain sebelum korang melakukan entry.


6) Trend sebelumnya yang panjang.

Kekuatan signal engulfing jugs dipengaruhi oleh panjang trend sebelumnya. Bearish engulfing yang terjadi setelah trend menaik yang panjang dianggap sebagai signal yang lebih kuat kerana menunjukkan bahawa seller telah kehilangan kekuatan untuk menguasai market, dan buyer mula mengambil alih market. Sebaliknya, bullish engulfing yang terjadi setelah trend menurun yang panjang dianggap sebagai signal yang kuat kerana menunjukkan bahawa seller telah kehilangan kendali market, dan buyer menguasai pasaran.


KELEMAHAN MENGGUNAKAN PATTERN ENGULFING


Walaupun engulfing sering digunakan sebagai isyarat dan pengesahan sebelum mengambil bahagian dalam posisi menjual atau membeli, terdapat beberapa kelemahan penggunaan engulfing pattern.


1) Isyarat palsu. Engulfing tidak 100% boleh dipercayai kerana ia juga mampu memberikan isyarat palsu. Kadangkala corak mungkin kelihatan terbentuk, namun arah aliran mungkin berterusan ke arah yang asal. Trader harus menggunakan indikator teknikal yang lain untuk mengesahkan pattern engulfing sebelum membuat perdagangan.


2) Kekurangan ketepatan. Engulfing memberikan petunjuk umum pembalikan arah trend tetapi tidak memberikan point entry atau exit khusus untuk trader. Trader perlu menggunakan analisa tambahan untuk menentukan point entry dan exit yang terbaik.


3) Keadaan pasaran. Engulfing lebih dipercayai dalam pasaran arah aliran dan kurang dipercayai dalam pasaran volatile atau sideway. Trader harus mempertimbangkan keadaan market sebelum bergantung kepada engulfing.


4) Jangka masa. Keboleh percayaan engulfing boleh berbeza-beza bergantung kepada timeframe yang digunakan. Timeframe yang kecil mungkin menghasilkan lebih banyak isyarat palsu, manakala timeframe besar mungkin menghasilkan sedikit isyarat namun lebih berkualiti.


5) Bias pengesahan. Trader mungkin menjadi mangsa berat sebelah pengesahan apabila bergantung kepada engulfing semata. Bias pengesahan ialah kecenderungan untuk mentaksir maklumat dengan cara yang menyokong kepercayaan sedia ada. Trader harus sedar tentang kecenderungan ini dan menggunakan analisa teknikal tambahan untuk mengesahkan trading mereka.


6) Pengurusan risiko. Engulfing tidak memberikan maklumat tentang pengurusan risiko, jadi trader harus menggunakan strategi tambahan untuk menguruskan risiko mereka. Contohnya seperti penggunaan STOP LOSS dan saiz lot.


7) Terlalu bergantung kepada pattern. Trader mungkin terlalu bergantung kepada engulfing dan mengabaikan indikator teknikal lain yang mungkin memberikan analisa lebih bernilai tentang arah trend pasaran.


JADI MACAM MANA NAK GUNAPAKAI ENGULFING INI DALAM TRADING?


1) Kenal pasti corak bullish engulfing pada carta. Ia harus terdiri daripada dua candle, iaitu candle pertama adalah candle bear yang lebih kecil, dan candle kedua pula adalah candle bullish yang lebih besar dan menelan sepenuhnya badan candle sebelumnya (candle pertama).


2) Sahkan corak bullish engulfing. Sebelum berdagang, adalah penting untuk mengesahkan bahawa corak bullish engulfing telah terbentuk dengan sempurna. Cari isyarat pengesahan seperti momentum bullish, corak carta bullish, atau berita fundamental positif yang boleh menyokong pembalikan bullish. Jika harga berada pada paras support atau trendline, ia juga merupakan salah satu isyarat jelas untuk mengesahkan harga mungkin akan naik lagi.


3) Letakkan pesanan belian (buy). Setelah corak bullish engulfing disahkan, letakkan pesanan belian pada pembukaan candle ketiga atau di atas tinggi corak bullish engulfing. SL harus diletakkan di bawah rendah corak bullish engulfifng untuk memastikan kerugian dihadkan.


4) Tetapkan sasaran keuntungan (TP). Tetapkan sasaran keuntungan berdasarkan kepada analisa teknikal seperti level resistance, atau corak carta, atau analisa fundamental seperti pendapatan atau laporan ekonomi positif.


5) Uruskan trading korang. Adalah penting untuk menguruskan trading korang dengan memindahkan SL ke tahap breakeven (BE) apabila harga bergerak dalam keuntungan. Korang juga boleh menggunakan TRAILING untuk mengunci keuntungan sambil membenarkan dagangan berterusan selagi trend bullish berterusan. Namun korang perlu ingat bahawa trailing hanya berfungsi sekiranya MT4 desktop korang tu aktif. Sekiranya MT4 tersebut ditutup maka fungsi trailing turut sama tertutup @ tidak berfungsi ye.


--

Dapat sesuatu daripada artikel ni? Andai dirasakan artikel ini bermanfaat untuk korang dan sobat2, sila KOMEN dan SHARE ye. Sharing is caring ..

hilmannawi October 11, 2023
Read more ...

Antara soalan yang biasa ditanya adalah dekat mana nak entry, dekat mana nak TP dan dekat mana nak SL/CL? Haa .. kenapa timbul soalan2 macam ni ye? Antara jawapan yang biasa diberikan adalah:

  1. Tiada masa untuk analisa.
  2. Tak pandai nak analisa sendiri.
  3. Baru nak cuba trade.
  4. Dan lain-lain jawapan/alasan yang boleh diberikan .. cer tambah skit dekat bahagian komen bawah nunnn.

Jadi? Kesimpulannya nak ikut signal sifoo atau buat signal sendiri?


Okay .. isu ni sebenarnya tiada jawapan yang tepat sebab ianya bergantung kepada situasi korang sendiri.


Sebagai contoh, buat mereka yang baru nak berjinak dengan forex (newbie) atau yang tiada masa untuk buat analisa sendiri, korang mungkin boleh menggunakan khidmat signal provider ini. NAMUN .. ada beberapa perkara yang korang perlu beri perhatian sebelum membuat keputusan untuk follow entry/signal tersebut.


Andai korang berhajat nak mendapatkan signal sifoo, abgman syorkan dapatkan trial dahulu signal mereka. Alaaa .. kalau services provider dekat luar sana berani nak offer trial, takkan mereka tak berani pula kan. Apa brann. Korang boleh try di akaun demo atau real (yang korang sanggup burn modal) untuk mencuba ketepatan signal yang diberikan. Kalau signal yang diberikan cun, barulah korang proceed dengan subscribe full servis masuk group VVIP mereka.


Namun, korang harus ingat bahawa signal provider juga adalah manusia biasa yang membuat analisa berdasarkan pengalaman dan ilmu mereka. Tidak mustahil signal yang diberikan rugi kerana terkena SL. Namun yang penting win rate signal yang diberikan, untung mengatasi kerugian. Sebagai contoh, daripada 10 signal yang berikan, 8 signal untung, manakala 2 signal rugi. Secara keseluruhan, akaun korang masih mendapat untung. Adalah lebih selamat untuk follow signal yang ada diberikan level SL. Sekurangnya korang masih ada modal lagi untuk recover akaun selepas SL tu.


Selain itu, jika korang tahu teknik yang signal provider berikan adalah BONUS sebab korang tahu macam mana nak counter entry (jika perlu) sekiranya signal yang diberikan salah arah. Tak semua signal provider akan mengajar teknik yang mereka guna, tapi kalau korang pandai cari pasti akan jumpa sifoo yang memberikan value added kepada servis yang disediakan dengan turut mengajar teknik yang digunapakai.


Abgman pun kadang2 ada juga intai signal yang diberikan. Kenapa? Sebabnya dengan cara ni, kita dapat menjimatkan masa untuk filter pair mana nak entry. Andai signal yang diberikan selari dengan teknik yang kita belajar, maka keyakinan untuk entry semakin bertambah. Kan mudah kerja tu. Hehehe ..


Dalam trading ni kita bukan nak berlumba siapa lagi yang lebih hebat, namun yang lebih penting adalah untuk mendapatkan profit semaksima yang mungkin. Cara mana nak dapatkan profit tu, korang jadilah lebih kreatif, jangan tutup minda kepada pelbagai peluang yang ada.


Berbalik kepada persoalan di atas .. korang tepuklah dada, tanya selera sendiri. Korang lagi tahu apa yang korang perlukan dalam trading ni. Tak salah pun mengambil servis signal provider, namun janganlah bergantung kepada mereka sahaja untuk trading. Untuk permulaan tiada masalah, namun bukan untuk selamanya ye. Seeloknya, korang melaburlah sedikit duit yang ada untuk mencari ilmu juga. Sambil-sambil trade ikut signal yang diberikan, korang juga boleh cari ilmu trading yang sesuai.


--

Dapat sesuatu daripada artikel ni? Andai dirasakan artikel ini bermanfaat untuk korang dan sobat2, sila KOMEN dan SHARE ye. Sharing is caring ..

hilmannawi October 05, 2023
Read more ...

Seperti yang korang sedia maklum, untuk trading dalam forex ni terdapat banyak cara untuk menghasilkan profit, salah satunya adalah dengan menggunakan EXPERT ADVISOR.


APA YANG DIMAKSUBKAN DENGAN EXPERT ADVISOR NI?


Bahasa mudah untuk faham adalah robot ataupun automatik trading. Haa .. acaner tu? Kalau kereta ada transmisi manual dan automatik kan? Sama macam dengan forex trading ni ada juga fungsi untuk trade manual dan juga automatik ni. Kiranya kalau manual trade tu korang entry sendiri berdasarkan analisa dan teknik yang korang belajar. Manakala untuk automatik trading pula, korang hanya perlu masukkan Expert Advisor (EA) tu dalam patform yang korang gunakan, seterusnya EA tu akan entry bagi pihak korang berdasarkan kepada algorithma yang berdasarkan kepada teknik manual korang tu.


MACAM MANA NAK MASUKKAN EA DALAM PLATFORM TRADING?


Mudah je sebenarnya kalau nak masukkan EA ni. Nak mudah lagi korang rujuk ARTIKEL ni (step by step ditunjukkan). Korang ikut je nanti. #abgman yakin korang boleh faham sekejap je tu.


BOLEH PERCAYA KE EA NI BUAT PROFIT?


Dalam setiap perkara pasti akan ada kebaikan dan keburukan yang tersendiri. Sama juga dengan automatik trading ni. Betul EA dapat menjana profit dengan mudah jika kena dengan cara setting dan modalnya. Tapi risiko untuk MC masih ada jika tersilap setting. ADA KE CARA NAK TEST SETTING SEBELUM RUN DEKAT AKAUN REAL? Pasti ada !!!


BACKTEST? FORWARDTEST? APA TU?


Dalam menguji EA atau sesuatu sistem/teknik trading, korang boleh buat backtest dan juga forwardtest.


Backtest ni bermaksub korang membuat testing menggunakan data yang lepas daripada pasaran. Korang boleh start/pause pergerakan harga berdasarkan kepada keperluan. Mungkin korang perlu pause seketika untuk meletakkan marking untuk entry, selepas tu start semula untuk tengok hasil analisa tersebut samaada menuju ke arah TP atau SL.


Manakala forwardtest pula bermaksub korang menggunakan data semasa. Kiranya korang perlu menunggu pasaran dibuka untuk memastikan harga bergerak dan seterusnya meletakkan marking untuk entry atau boleh juga terus entry jika menggunakan akaun DEMO. Kenapa akaun demo? Iyelah, dah namanya nak test teknik@strategi yang belum korang mahir lagi, jadi kuranglah risiko untuk korang kerugian modal duit nanti.


ACANER NAK BACKTEST TU?


Meh #abgman share macam mana nak test EA dan setting yang korang dah dapat tu. Bila dah dapat setting yang terbaik barulah lega nak run dekat akaun real. (TAPI KORANG KENA INGAT, DALAM FINANCIAL TRADING NI, PAST RESULT TIDAK MENJAMIN PROFIT DI MASA HADAPAN).


MAKSUBNYA APA? Mudahnya, walau pun backtest yang dibuat menunjukkan EA tu mampu menjana profit yang banyak, tapi dalam realtime, mungkin akan ada ketika EA tersebut tewas dalam perjalanan. Sebaiknya gunalah modal yang korang berani RUGI untuk trade. Andai rugi, korang masih boleh tersenyum.


Dah jom kita tengok macam mana nak buat !!!


Pastikan korang dah masukkan EA yang nak test tu ke dalam platform yang digunakan. Untuk contoh ni, #abgman gunakan MT4 desktop ye. Ikut step SINI kalau nak masukkan EA dalam MT4 tu.


Okay .. next step, korang klik button STRATEGY TESTER dekat atas tu atau boleh juga klik VIEW >> STRATEGY TESTER atau shortcut CTRL + R.

Strategy tester @ Ctrl + R


Seterusnya akan keluar windows dekat bawah tu. Akan ada option untuk pilih EA mana yang korang nak test tu.


Untuk contoh artikel ni #abgman akan gunakan ea #ph_mrt (anser ali) - #abgman akan berikan link untuk download kalau korang berminat nak test ea ni. #percuma sahaja.

Senarai EA yang boleh digunakan untuk testing


Korang ikut je setting yang #abgman tunjuk dekat bawah ni.

Setting yang boleh diubah mengikut keperluan testing korang. Pastikan korang klik EXPERT PROPERTIES untuk ubah setting bagi EA tersebut


Lepas ni korang godek2 la semula setting ni ye. Boleh tukar-tukar simbol apa yang test, period (timeframe) yang nak digunakan. Pastikan korang tick kotak untuk DATE tu. Seeloknya gunakan tempoh masa yang tidak terlalu jauh ke belakang. Juga pastikan korang tick kotak untuk VISUAL MODE tu - untuk kawal speed display pergerakan candle semasa testing nanti. Korang boleh laju dan perlahankan pergerakan candle tu.


Seterusnya korang klik button EXPERT PROPERTIES untuk ubah setting EA yang dipilih tu.


Dekat tab TESTING tu korang boleh ubah INITIAL DEPOSIT mengikut modal yang korang nak. Untuk POSITIONS tu pula korang boleh set samaada nak EA tu open order BUY/SELL atau boleh juga nak set untuk BUY SAHAJA atau SELL SAHAJA.

Korang boleh ubah INITIAL DEPOSIT (modal) untuk test EA tersebut mengikut modal yang sesuai


Seterusnya dekat tab INPUTS adalah untuk korang ubah setting EA tersebut. Korang boleh la godek-godek dan tengok apa yang berlaku nanti. Setiap EA tu akan disediakan setting yang tidak sama bergantung kepada apa yang telah programmer set untuk EA tersebut.

Senarai setting EA yang boleh diubah-ubah. Senarai setting yang boleh diubah adalah berdasarkan kepada apa yang dibenarkan oleh programmer EA itu


Next dekat tab OPTIMIZATION pula adalah untuk korang optimize result yang korang nak dapatkan daripada EA pilihan. Dekat sini pun korang perlu godek-godek sendiri la ye. Dah siap setting tu korang kliklah button OK tu.

Tab OPTIMIZATION untuk ubah suai result yang akan dikeluarkan nanti


Klik button START untuk mulakan proses testing EA.

Klik START untuk memulakan testing


Nanti akan keluar satu chart berdasarkan kepada PAIR dan timeframe pilihan korang tadi. Korang tunggu je MT4 tu download data-data yang perlu. Selepas tu baru akan keluar result yang diinginkan.

Korang tunggu je tester menyiapkan tugasan. Nanti akan keluar result berdasarkan kepada setting yang korang buat tu


Untuk chart tu, korang boleh tukar display TEMPLATE sekiranya korang dah pernah save template sebelum ni. Seeloknya korang tukar la pakai NAKED CHART sahaja untuk memastikan MT4 tersebut tidak terlampau berat sangat (hang)

Korang boleh tukar template kepada NAKED CHART untuk ringankan proses testing tersebut


Dekat bawah tu korang akan nampak ada tab SETTINGS, RESULTS, GRAPH, REPORT dan JOURNAL. Setiap tab tersebut akan memberikan maklumat yang berbeza-beza. Korang tunggu je dulu EA siap buat testing selepas tu baru tengok maklumat apa yang tertera.


Korang boleh ubah-ubah setting sehinggalah korang mendapat keputusan yang dikehendaki.Setiap setting yang diubah akan menghasilkan keputusan yang berbeza. Buatlah testing sehinggalah korang mendapat keputusan yang okay sebelum run EA tersebut pada akaun real korang tu.


Opss .. hampir terlupa pula #abgman nak share link untuk EA tu. Jap neh. Nak godek #cloud jap. Nah LINK untuk download file EA tu. Korang download kesemua file yang ada tu. Masukkan dalam MT4 desktop ye.


Dapat sesuatu daripada artikel ni? Andai dirasakan artikel ini bermanfaat untuk korang dan sobat2, sila KOMEN dan SHARE ye. Sharing is caring ..

hilmannawi August 02, 2023
Read more ...