Ramai pakar analisa yang menyatakan bahawa market analisa teknikal ini adalah berulang-ulang.
KENAPA YE?
Antara sebabnya adalah, setiap pattern yang berlaku dekat carta adalah sentiasa berulang banyak kali. Dan seperti kebiasaan setiap tahun (pada penghujung tahun), kita akan diberitahu untuk tidak trade ketika Krismas dan juga Tahun Baru. Umum mengetahui bahawa pasaran forex ditutup keseluruhan pada dua tarikh tersebut. Betul pasaran ada je cuti-cuti lain, namun cuti lain tersebut hanya membabitkan bank negara matawang tersebut, namun pergerakan untuk matawang tersebut masih berlaku kerana pasangannya tidak bercuti.
Berlainan pula untuk cuti Krismas dan Tahun Baru yang mana memang keseluruhan pasaran ditutup.
JADI APA KAITAN DENGAN LARANGAN BERDAGANG KETIKA ITU?
Kebanyakkan trader mengambil peluang untuk bercuti ketika musim perayaan. Begitu juga buat mereka yang merayakan dua perayaan tersebut. Oleh sebab itu, liquidity ketika perayaan tersebut adalah sedikit dan ini akan menyebabkan keadaan market adalah volatile (tidak menentu). Dan seterusnya akan menyebabkan spread ketika itu adalah besar.
Widen spread akan menyebabkan entry korang yang masih dibuka ketika perayaan tersebut dalam bahaya. Korang perlu memastikan bahawa equity korang adalah mencukupi untuk menampung spread yang besar tersebut. Jika tidak, akaun trading korang boleh mengalami STOP OUT / MC.
Terdapat tiga pilihan yang korang boleh ambil, iaitu:-
- Tutup kesemua entry yang masih dibuka sebelum cuti bermula.
- Tambah modal (equity) untuk menampung widen spread yang akan berlaku, atau
- Berhenti @ tidak trade pada minggu perayaan tersebut.
Korang ambil langkah yang mana satu? Kadang-kala, tidak mempunyai entry juga adalah satu strategi dalam menghadapi sesuatu keadaan. Sebagai trader korang perlu tahu menilai setiap situasi yang berlaku dengan baik.
Dapat sesuatu daripada artikel ni? Andai dirasakan artikel ini bermanfaat untuk korang dan sobat2, sila KOMEN dan SHARE ye. Sharing is caring ..
No comments: